Malam Wartawan Malaysia 2020 diadakan 11 September

Malam Wartawan Malaysia 2020 (MWM2020) bakal diadakan pada 11 September, selepas lima bulan tertangguh akibat pandemik COVID-19.

Pengerusi MWM2020 merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute Datuk Dr Chamil Wariya berkata penganjuran MWM2020 akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Jumlah tetamu terhad kepada 320 orang sahaja dan satu meja hanya boleh menempatkan lima tetamu sebagai mematuhi penjarakan fizikal satu meter.

“…kita juga diwajibkan untuk memakai pelitup muka selain perlu mengimbas suhu badan,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan para penyumbang MWM2020, di sini, semalam.

Tahun ini, sebanyak 27 badan korporat dan agensi kementerian tampil meng-hulurkan sumbangan untuk MPI melaksanakan MWM2020.

Chamil berkata, pertandi-ngan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI Petronas 2019 menerima 306 penyer-taan dengan sejumlah 522 karya untuk dihakimi bagi 20 kategori yang ditawarkan.

“Angka ini meningkat sebanyak 38 penyertaan berbanding tahun 2018 sebanyak 268 penyertaan. Tahun ini kita menggantikan kategori Laporan Portal Berita Terbaik kepada Kewartawanan Multimedia Terbaik,” katanya.

Sebanyak 32 organisasi media meliputi media cetak, media penyiaran, radio dan portal telah menghantar penyertaan masing-ma-sing. 

Beliau berkata kategori Kewartawanan Foto Cemerlang menerima penyertaan tertinggi iaitu 50 manakala kategori Kartun Editorial Terbaik adalah terendah de-ngan hanya menerima empat penyertaan.

“Perkembangan ini membayangkan bahawa minat terhadap HKM kekal membara dalam kalangan wartawan di negara ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here