Klang bakal miliki teksi air pada suku pertama 2021

Perkhidmatan teksi air di Sungai Klang akan diperkenalkan pada suku pertama tahun depan.

Wakil perhubungan korporat Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) berkata pihaknya kini dalam proses perbincangan sebelum menentukan jumlah kenderaan itu yang bakal beroperasi.

“Sekarang kita masih berbincang dengan persatuan nelayan dan Tourism Selangor bagi menentukan jumlah teksi air,” kata Janitha Sukumaran ketika dihubungi.

Teksi air di Sungai Klang adalah sebahagian pelan induk Gerbang Maritim Selangor yang dibangunkan LLSB iaitu anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Kenderaan itu mampu mewujudkan ekosistem perniagaan baharu di Klang sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi menerusi pembangunan infrastruktur sungai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here