Wanita keji suara bilal, diarah jalani pemeriksaan mental

Georgetown, Mac.
Mahkamah Majistret hari ini mengarahkan wanita yang didakwa memasuki ruang solat lelaki dan mengeluarkan ungkapan kurang sopan di Masjid Jamek Ar-Rahman dekat Batu Feringghi di sini, diarah menjalani pemerhatian psikiatrik selama sebulan.

Perintah itu dikeluarkan Majistret, Nadratun Naim Mohd Saidi, terhadap Sofiah Abdul Majid, 65, apabila tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa.

“Berdasarkan pemerhatian mahkamah, tertuduh kurang stabil dan perlu menjalani pemerhatian di hospital mental selama sebulan mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah. “Tertuduh diminta datang semula ke mahkamah bersama keputusan tersebut pada 19 April 2024 , jam 9 pagi,” katanya.

Mengikut pertuduhan, wanita terbabit didakwa membuat pernyataan zahir di Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Feringghi dengan menyatakan bahawa imam dan bilal di masjid tersebut membaca al-Quran seperti anjing menyalak dan dirasuk hantu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 12 Mac lalu kira-kira jam 10 malam dengan niat sengaja untuk melukakan perasaan keagamaan individu tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here