PM menghadap Sultan Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Konvoi kenderaan membawa Perdana Menteri dilihat tiba di pintu masuk utama Istana, 9:30 pagi tadi.

Lawatan tersebut merupakan salah satu daripada jadual lawatan rasmi Perdana Menteri ke Johor hari ini, sebelum ke sesi Pertemuan bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri.

Pertemuan tersebut berlangsung kira-kira sejam 10 minit sebelum beliau meninggalkan perkarangan Istana pukul 10:40 pagi.

Turut kelihatan bersama, kenderaan membawa barisan kepimpinan negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here