Kuala Lumpur, Nov 6.
Belum adanya perbincangan dibuat kerajaan membabitkan pemberian tol percuma sempena perayaan Deepavali, Ahad ini, Dewan Rakyat diberitahu.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata sebarang pengumuman berhubung pemberian tol percuma itu bergantung kelulusan Kementerian Kewangan.
Setakat ini saya nyatakan belum ada perbincangan lagi, kalau ada pengumuman, ia akan dibuat oleh MOF, jika dapat kelulusan MOF baharu Kementerian Kerja Raya akan umumkan pelepasan tol itu,katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) berhubung sama ada kerajaan akan memberikan tol percuma sempena sambutan Deepavali, khususnya bagi rakyat Malaysia yang ingin menghabiskan cuti umum itu ke luar kawasan.





















