Ugutan bunuh terhadap Mujahid, NGO buat laporan polis

Presiden GMPN Razali Zakaria berkata antara individu yang dinamakan dalam laporan polis itu ialah Muhammad Naim, yang memuat naik ayat berbaur ugutan bunuh berbunyi ‘Mujahid ini patut dibunuh memang manusia terbangsat di dunia’ di akaun Facebooknya baru-baru ini.

Turut dinamakan dalam laporan itu ialah Mohd Elham, Asfanizam Bin Abdullah, Hanif Junit dan Abu Rafiq.

“Mereka telah memuat naik status dan komen yang berunsur mengancam keselamatan dan menghasut orang lain bertindak melakukan perbuatan yang sama di laman sosial masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pagi tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here