Lelaki heret kucing didenda RM10,000

Kuala Lumpur, Dec-
Tindakan seorang lelaki mengheret kucing peliharaannya dengan menarik tali yang diikat pada leher haiwan berkenaan, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, menjatuhi hukuman denda RM10,000.

Goh Kuan Pan, 43, selaku orang kena saman (OKS), dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Norina Zainol Abidin.

Sekiranya gagal membayar denda itu, lelaki terbabit boleh dipenjara selama dua bulan.

Pada masa sama, mahkamah turut memerintahkan kucing tersebut diletakkan di bawah jagaan sementara, Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (JPV) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kesalahan itu dilakukan di laluan bangunan sebuah apartmen di Jalan Klang Lama di sini antara jam 11.17 hingga 11.42 malam, 21 November lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here