Penduduk Kampung Kelingsing dapat lampu solar

Seramai 240 penduduk tiga perkampungan Orang Asli di Dengkil gembira selepas lampu solar dipasang di kampung mereka semalam.

Tok Batin Kampung Jambu, Kampung Kelingsing dan Bakuk, Aboy Anak Budi berkata lampu berkenaan akan memudahkan urusan penduduk pada waktu malam dan pagi.

“Sudah lama kami mohon lampu jalan. Kalau keluar waktu gelap, kami harapkan lampu kenderaan.

“Bila ada lampu solar di jalan utama, anak-anak nak ke sekolah pun senang, keadaan sekitar dah terang. Terima kasih Kerajaan Negeri kerana bantu kami,” katanya.

Terdahulu, EXCO Teknologi Hijau, Hee Loy Sian merasmikan Majlis Pemasangan Lampu Solar di Kampung Orang Asli Jambu, dekat sini.

Sementara itu, Aboy turut meminta Loy Sian membantu mereka mendapatkan status pemilikan tanah susulan kampung itu masih belum diwartakan.

“Kami duduk di sini lama sejak zaman nenek moyang lagi. Kami sayangkan kampung ini dan harap Kerajaan Negeri dapat bantu untuk dapatkan tanah ini,” katanya.

Ahad lalu, Loy Sian memaklumkan isu penempatan 74 perkampungan Orang Asli seluruh Selangor akan diberi tumpuan tahun hadapan bagi memastikan kawasan didiami mendapat status pemilikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here