Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada 12.02 tengah malam Khamis (3 Sep).
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya memaklumkan gempa itu berlaku pada kedudukan 99 kilometer dari selatan Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 45 kilometer.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu lagi.