Adun Sentosa cari pesalah bakar satu tan sampah di bahu jalan

Ahli Dewan Negeri Sentosa mengesan individu yang membuang dan membakar sampah hampir satu tan di bahu jalan berhampiran taman perumahan, dekat sini.

Dr Gunaraj George berkata hasil siasatan mendapati pesalah membuang barang perhiasan berupa manik dan tali tangsi.

“Ini adalah tindakan yang amat tidak wajar kerana sampah berkenaan bukan saja dibuang sebaliknya turut dibakar sehingga menyebabkan penduduk gelisah.

“Oleh itu, saya sudah berbincang dengan penduduk setempat supaya menubuhkan skuad khas untuk mendapatkan maklumat berkenaan pembuang sampah haram berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, beliau terpaksa mendapatkan khidmat Majlis Perbandaran Klang dan KDEB Waste Management (KDEBWM) bagi membersihkan kawasan terbabit.

“Saya berharap supaya pesalah dapat dikesan secepat mungkin dan dikenakan tindakan sewajarnya.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here