COVID-19: KES MELEPASI PARAS 20,000, ANGKA TERTINGGI DI MALAYSIA

Kuala Lumpur, Ogos 5-

Kes jangkitan baharu COVID-19 dalam negara melepasi paras 20,000 kes apabila 20,596 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, angka tertinggi di Malaysia sejak negara melanda pandemik ini.

Melalui satu ciapan di laman Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam negara kini sebanyak 1,203,706 kes.

Selangor terus menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 8,549.

WPKL – 2,163 (133,588)

Johor – 1,300 (96,687)

Sabah – 1,062 (89,910)

Sarawak – 759 (79,522)

Negeri Sembilan – 989 (75,767)

Kedah – 1,446 (52,103)

Pulau Pinang – 1,022 (49,939)

Kelantan – 772 (46,695)

Perak – 916 (41,665)

Melaka – 622 (34,153)

Pahang – 426 (27,199)

Terengganu – 501 (19,213)

WP Labuan – 15 (9,698)

WP Putrajaya – 50 (4,237)

Perlis – 4 (756)

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here