Asal usul nama Bandar JERANTUT

Berdasarkan cerita orang tua-tua bahawa asal usul perkataan “Jerantut” adalah berasal dari perkataan “Jeram” dan “Tut” yang diambil daripada nama orang “Awang Tut” yang sering mengail di kawasan jeram di tengah-tengah Sungai Pahang. Sebelum timbulnya perkataan “Jerantut” Pekan ini dipanggil “Simpang Empat” iaitu satu tempat dimana Jalan Keretapi dari Gemas ke Kota Baharu bersilang dengan jalanraya dari Kuala Lipis ke Kuantan. Mulai tahun 1914 nama “Simpang 4” ditukar kepada “Jerantut”.

 Satu lagi mengisahkan Pemburu dimana asal nama Jerantut dikaitkan juga dengan kisah cara orang kampung mendapatkan hasil buruan dengan cara menghalau buruan mereka ke Jeram dan apa bila mereka sampai ke jeram mereka akan bertanya sesama meraka di mana buruan itu? mereka akan menjawab ke “Jeram tu”…”Jeram tu” lama kelamaan kekal lah namanya hingga ke hari ini JERANTUT.

Cerita ni dari lisan.. kisahnya ada seorang tok batin orang asli yang berpengaruh bernama Tuk. Suatu hari dia menaiki rakit di sungai pahang.

tak semena-mena,rakitnya telah berlanggar dengan jeram dan dia telah mati di situ. Jadilah nama tempat ni jeram tuk dan hasil daripada loghat pahang setempat..sebutannya menjadi jerantek (dieja jerantut).

Nama Jerantut ini bolehlah dikatakan amat berkait rapat dengan perkataan asalnya JERAM dan TUT itu sendiri byk taksiran dan pendapat orang lain yang mengaitkan dengan sesuatu yang lain. Bagi yakin dengan cerita no 2 itu.

Apa pun tidak ramai yang tahu dari mana sebenarnya perkataan itu diungkap ditempat asalnya, (Cerita lisan ini dapati dari org tua-tua di Jerantut feri) sebenarnya perkataan ini diungkap seawalnya disebuah pekan kecil iaitu di Jerantut Feri kerana feri itu sejenis pengangkutan di air apa pula nama tempatnya?

pasti JERANTUT dan kini pekan itu disebut Jerantut feri sehingga kini dan disinilah asal sebenarnya JERANTUT itu. Sebelum berpusat di bandar Jerantut kira10 minit perjalanan menaiki kenderan kepekan kecil itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here