Rusuhan antipolis di Colombia, 10 maut

Parti Bersatu Sabah (PBS) bertekad untuk memperjuangkan usul Undang-Undang Anti Lompat Parti demi memastikan hak rakyat sentiasa dihormati.

Perkara itu terkandung sebagai intipati teras keempat PBS dalam Manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 yang dilancarkan di ibu pejabat parti terbabit, di Pekan Donggongon, di sini semalam.

Berdasarkan buku manifesto parti terbabit, usaha berkenaan didedahkan sebagai usul yang pernah diperkenalkan PBS pada 1988 ke Persidangan Dewan Undangan Negeri.

Khususnya, memastikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih rakyat menghormati mandat mereka dan menjunjung serta tidak melanggar sebarang peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Melalui usul itu, PBS juga menuntut ADUN mengosongkan kerusi dimenangi jika keluar daripada parti asal untuk membolehkan mandat memilih dikembalikan kepada rakyat.

Memilih slogan ‘Berjuang Tanpa Henti Demi Sabah Tanah Airku’, pada PRN kali ini PBS menawarkan 10 manifesto dengan ikrar memperjuangkan hak-hak Sabah serta memperkasakan agenda pembangunan fizikal dan modal insan rakyat.

Teras utama PBS adalah pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 dan memelihara hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia, serta kedua, mempertahankan hak anak negeri Sabah dan rakyat Malaysia tulen.

Teras ketiga PBS meningkatkan keselamatan Negeri Sabah dan menangani isu pendatang tanpa izin sementara keempat pula mengembalikan undang-undang anti lompat parti.

Seterusnya kelima, meningkatkan taraf pendidikan, kesihatan dan kebajikan, manakala keenam, melonjakkan pembangunan luar bandar dan mendukung pembinaan ekonomi digital.

Matlamat parti tempatan itu yang ketujuh, mengukuhkan perpaduan dan amalan budaya berbilang kaum, sementara teras kelapan adalah untuk memperkasa hak wanita dan belia.

Perkara kesembilan yang mahu diperjuangkan PBS adalah menyusun semula dan memperkemas urus tadbir negeri dan membudaya ketelusan demi memerangi rasuah.

Agenda terakhir atau ke-10 parti berkenaan sempena PRN kali ini juga adalah menyentuh perkara berkaitan usaha-usaha untuk memulihara alam sekitar dan sumber asli di Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here