5.5 Juta Penduduk Malaysia Adalah Obese, Negeri Melaka, Perlis Dan Putrajaya Catat Peratus Tertinggi

Lebihan berat badan atau obesiti menjadi suatu ‘trend’ yang semakin membimbangkan di kalangan rakyat negara ini. Jika tidak dikawal, ianya boleh mengakibatkan penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetis dan sebagainya.

Malah, sehingga tahun lalu, Malaysia menjadi negara ‘tergemuk’ di Asia apabila mempunyai 33 peratus rakyat yang berlebihan berat badan dan 18 peratus mengalami obesiti.

Menerusi perkongsian data terkini oleh Public Health Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan peratus individu yang mempunyai obesiti tertinggi iaitu sebanyak 43%.

Manakala Melaka dan Perlis di tempat kedua dan ketiga di mana masing-maisng mencatatkan 36% individu obese. Jom semak maklumat di bawah, di kategori manakah negeri anda berada.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here