PKPB hanya di mukim Klang, bukan seluruh daerah

Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya dikuatkuasakan di mukim Klang bukan seluruh daerah berkenaan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata kawasan Kapar dikecualikan daripada pelaksanaan PKPB.

“Keputusan ini dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

“Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPB di mukim Klang dan kita sentiasa berhubung dengan Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Daerah Klang mempunyai dua mukim iaitu mukim Klang dan Kapar.

Klang bertukar kepada zon merah semalam apabila mencatatkan 77 pesakit aktif yang sedang dirawat.

Semalam kerajaan mengumumkan PKPB dikenakan di daerah Klang mulai jam 12.01 pagi pada Jumaat ini.

Selain Klang beberapa kawasan turut dikenakan PKPB iaitu Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here