Hulu Langat rekod 8,534 kes denggi, enam kematian

Hulu Langat merekodkan 8,534 kes denggi dengan enam kematian sehingga minggu epid ke-42 berakhir 17 Oktober lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berkata jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding 12,472 kes atau 31.6 peratus dengan 16 kematian yang dicatatkan untuk tempoh sama tahun lalu.

“Daerah ini berada pada kedudukan kedua tertinggi daripada jumlah keseluruhan di Selangor iaitu sebanyak 40,279 dan 36 kematian,” kata Dato’ Zul-kefli@Zulkefli Khalid pada Mesyuarat Penuh MPKj Bil.8/2020 yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Beliau menambah terdapat 46 lokaliti wabak denggi di daerah itu dengan 10 lokaliti panas membabitkan Sungai Ramal (lima), Kajang (dua), Balakong (dua) dan Semenyih (satu).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here