Ambil tindakan tegas majikan gaji pekerja asing tidak jalani ujian Covid-19

Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) meminta agar tindakan tegas diambil kepada majikan yang menggajikan pekerja asing yang tidak menjalani saringan wajib Covid-19, khususnya yang bekerja di industri pembinaan, perkhidmatan dan perkilangan.

Penasihat Program Saringan Prihatin Komuniti MCCF Prof Datuk Seri Abu Hassan Asaari Abdullah berkata ini memandangkan masih ramai majikan yang degil dan tidak memberikan kerjasama terhadap arahan kerajaan sebelum ini, supaya pekerja asing dalam semua sektor melakukan ujian berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata MCCF turut tidak menolak kemungkinan berlakunya penipuan dalam keputusan saringan yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab demi mengaut keuntungan.

MCCF berpendapat bahawa ujian saringan Reverse Prescription – Pulmonary Chain Reaction (rt-PCR), pemakaian pelitup separuh muka dan pematuhan kepada prosedur operasi standard, merupakan vaksin terbaik komuniti dalam membantu memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here