Bintulu, Julai-
Seramai 12 pekerja cedera dengan kesan melecur pada badan dan tangan masing-masing akibat disambar api ketika berusaha memadam kebakaran longgokan kayu dan dandang kilang terbabit malam tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, berkata ketika kejadian mangsa sedang berusaha memadam kebakaran dua buah dandang kilang dengan menggunakan alat pemadam tetapi berlaku letupan menyebabkan semuanya cedera.
“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dengan bantuan BBP Kidurong bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran pada jam 7.30 malam.
“Sampai di lokasi, pasukan kami dapati berlakunya kebakaran membabitkan longgokan kayu sudah diproses di luar kilang dan dua buah dandang. Ketika itu kebakaran mulai merebak ke bangunan kilang sebelum berjaya dikawal,” katanya.





















