Trump presiden AS pertama didakwa dua kali

Donald Trump menjadi presiden Amerika Syarikat (AS) yang pertama dalam sejarah didakwa dua kali apabila Dewan Perwakilan AS mengundi kelmarin untuk mendakwanya kerana menghasut serangan pe-rusuh ke atas Kongres pada minggu lepas.

“Hari ini, dengan cara dwi-parti, Dewan menunjukkan bahawa tiada yang lebih tinggi daripada undang-undang, termasuk presiden Amerika Syarikat,” kata Speaker Demokrat Nancy Pelosi selepas undian.

Senat tidak akan meng-adakan perbicaraan sebelum 20 Januari, apabila calon Demokrat Joe Biden meng-ambil alih pemerintahan sebagai presiden negara, yang bermakna taikun hartanah itu akan terlepas daripada keaiban dipaksa untuk meletak jawatan awal.

Bagaimanapun beliau bakal berdepan dengan perbica-raan Senat kemudian dan jika disabit kesalahan, beliau mungkin akan dilarang dalam satu undian susulan daripada bertanding untuk jawatan presiden sekali lagi pada 2024.

“Donald Trump sewajar-nya menjadi presiden pertama dalam sejarah Amerika yang dicemari pendakwaan sebanyak dua kali,” kata Senator Demokrat Chuck Schumer, yang dalam masa seminggu lagi akan menjadi ketua Senat.

“Senat diwajibkan untuk bertindak akan meneruskan perbicaraannya.”

Dalam Dewan Perwakilan, satu-satunya pertanyaan ada-lah berapa ramai ahli Repu-blikan yang akan menyertai majoriti Demokrat dalam undian 232-197. Pada kiraan terakhir, 10 ahli Republikan keluar dari barisan parti, termasuk orang nombor tiga parti dalam Dewan, Wakil Liz Cheney.

“Saya tenang sepenuhnya pada hari ini bahawa undi saya adalah perkara yang betul dan saya sebenarnya berpendapat sejarah akan menilainya begitu,” kata Adam Kinzinger, seorang pengkritik lantang Trump dan salah seorang ahli Republikan yang menyokong pendakwaan.

Trump, yang bersembunyi di dalam Rumah Putih, mengeluarkan satu ucapan rakaman video di mana beliau tidak menyebut tentang pendakwaan atau cubaannya untuk memujuk separuh negara percaya bahawa kemenangan Biden diperolehi menerusi penipuan.

Sebaliknya komen fokus kepada rayuan agar rakyat Amerika “bersatu padu”, mengelak keganasan dan “mengatasi keghairahan semasa”.

“Keganasan tidak pernah ada justifikasi. Tiada alasan, tiada pengecualian: Amerika merupakan sebuah negara undang-undang,” kata Trump.

Biden menyifatkan keputusan kelmarin oleh penggubal undang-undang sebagai “satu undian dwiparti yang dibuat oleh ahli-ahli yang mengikuti Perlembagaan dan hati nurani mereka”.

Biden, yang mewarisi pandemik dan ekonomi yang uzur di tengah-tengah banyak masalah lain, menggesa Senat untuk menangani keutamaannya seperti meluluskan pencalonan kabinet dan pada waktu yang sama menguruskan perbicaraan Trump.

“Saya harap kepimpinan Senat dapat mencari jalan untuk memenuhi tanggungjawab mereka menurut Perlembagaan berhubung pendakwaan dan pada waktu yang sama mengusahakan urusan segera lain bagi negara ini,” Biden menyebut dalam satu kenyataan.

Walaupun Trump mengecam keganasan ekoran kacau-bilau yang dilakukan oleh para pengikutnya apabila mereka menyerang Kongres, kebimbangan mengenai pergolakan adalah tinggi.

Pasukan Pengawal Negara yang bersenjata telah dikerahkan ke seluruh ibu negara, dan jalan-jalan di pusat Washington telah ditutup kepada lalu lintas.

Dalam bangunan Capitol sendiri, pengawal yang memakai seragam penyamaran sepenuhnya dan membawa raifal serangan telah ber-himpun, ada di kalangan  mereka yang tidur sekejap awal kelmarin di bawah patung penuh hiasan dan lu-kisan bersejarah.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here