Perginya legenda bola sepak dunia

Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona dilaporkan meninggal dunia pada Rabu selepas mengalami serangan jantung, kata peguamnya. 

Memetik laporan Reuters, Maradona yang dinobat sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman sebelum dikaitkan dengan pelbagai kontroversi termasuk penyalahgunaan dadah selain berdepan masalah ketagihan alkohol meninggal dunia pada usia 60 tahun. 

Seorang yang cintakan tanah airnya selepas mengetuai Argentina untuk memenangi Piala Dunia pada 1986 dan mendapat pujian di Itali kerana membantu Napoli meraih dua kali gelaran juara Serie A, Maradona seorang pemain unik berbakat yang kian berkembang di Buenos Aires hingga mencapai kemuncak kerjayanya dalam sukan.

Maradona sebelum ini bergelut dengan masalah kesihatan dan menjalani pembedahan membuang ketulan darah beku di otak beberapa minggu lalu. 

Beliau dikatakan mengalami serangan jantung di kediamannya di Buenos Aires.

Sementara itu di Buenos Aires, penduduk di situ mula berkumpul di jalan untuk berkabung bagi memberi penghormatan kepada Maradona. 

Presiden Argentina, Alberto Fernandez mengumumkan tiga hari berkabung di negara Amerika Selatan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here