Scotland negara pertama henti guna gas anestetik desflurane

EDINBURGH: Scotland menjadi negara pertama di dunia yang menghentikan gas pelali anestetik desflurane berikutan ancaman yang ditimbulkan ubat tersebut kepada alam sekitar.

Data Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) mencadangkan gas yang digunakan untuk memastikan pesakit tidak sedarkan diri semasa pembedahan mempunyai potensi pemanasan global 2,500 kali lebih besar daripada karbon dioksida.

NHS England akan memperkenalkan larangan serupa mulai tahun depan di semua hospital negara itu kecuali dalam keadaan luar biasa. Lapor BBC negara-negara lain termasuk Eropah melaporkan akan melakukan tindakan serupa dalam beberapa tahun akan datang.

Pakar Bius dan Ketua Program Klinikal Hijau Kebangsaan Scotland, Dr. Kenneth Barker mengakui agak terkejut apabila mendapati ubat anestetik yang digunakan selama ini lebih berkesan untuk banyak pembedahan dan rutin yang sangat berbahaya kepada alam sekitar.

Saya menyedari pada 2017 bahawa jumlah desflurane yang kami gunakan dalam kerja seharian sebagai pakar menghasilkan pelepasan yang setara dengan kadar pencemaran ketika saya memandu sejauh 1,078 kilometer pada hari yang sama.

Saya memutuskan untuk berhenti menggunakan serta-merta dan ramai pakar bius turut menyertainya, katanya.

Banyak hospital kini beralih kepada gas anestetik yang selamat dan berkesan dengan potensi pemanasan yang kurang seperti sevoflurane atau mempunyai potensi pemanasan global 130 kali ganda daripada karbon dioksida selain anestetik bukan gas alternatif dan peralatan yang lebih cekap.

Strategi bersih-sifar NHS England termasuk melihat sistem pemanasan dan pencahayaan yang lebih mesra alam, kenderaan lebih hijau serta kajian tentang kesan ubat-ubatan terhadap alam sekitar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here