Ibu dua anak maut bergambar dari ketinggian 80 meter

Seorang pelancong berusia 38 tahun maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 80 meter kerana cuba bergambar di sebuah kawasan tumpuan pelancong.

Ibu kepada dua anak itu tergelincir dari pagar keselamatan dan terjatuh dari Menara Tinjau Baroka di Taman Negara Grampians di Australia.

Insiden di lokasi indah dengan pemandangan semulajadi dan habibat bagi marsupial Australia dan burung asli itu berlaku kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan kelmarin.

 Lapor Daily Mail pula, kejadian itu berlaku apabila mangsa, Rosy Loomba mencari ‘selfie yang sempurna’ hanya beberapa bulan selepas pihak berkuasa memberi amaran risiko untuk pelancong kehilangan nyawa ketika berswafoto.

Menurut laporan pihak berkuasa, wanita itu datang ke lokasi kejadian bersama suami, Basant dan dua anak lelakinya untuk bercuti.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di depan ahli keluarganya yang berasal dari Craigieburn, utara Melbourne.

Sehubungan itu, polis melakukan siasatan berhubung insiden tersebut dan kematian wanita berkenaan disifatkan sebagai kematian mengejut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here