‘Murid sekolah jalani saringan mingguan mulai Isnin ini’ – Khairy

 Mulai Isnin ini, murid sekolah rendah diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 mingguan secara bergilir, bagi mengelakkan wujudnya kluster pendidikan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ujian terbabit adalah sebahagian daripada Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan.

Antara perkara daripada strategi ini adalah keperluan murid sekolah rendah di bawah usia kelayakan untuk menerima vaksin, perlu menjalani ujian saringan secara mingguan. Ujian ini perlu dilaksanakan ke atas sekurang-kurangnya 10 peratus sampel daripada populasi murid di sesebuah sekolah, katanya pada sidang media hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here