Belanjawan 2021 dilulus

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 selepas bacaan ketiga.

 

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan perkara tersebut selepas tiada 15 Ahli Parlimen berdiri memohon supaya belah bahagian dilakukan.

 

Azhar mengumumkan sebanyak 111 Ahli Parlimen menyokong RUU itu berbanding 108 tidak menyokong.

 

RUU tersebut kini akan dibawa ke Dewan Negara untuk dibahaskan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here