Adun Mengkibol menolong keluarga miskin

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol, Chew Chong Sin menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 untuk sepuluh keluarga dan SJK (T) Ladang Elaeis disini sempena Deepavali, baru-baru ini.

Menurut beliau, sumbangan itu dibuat setelah tinjauan dan lawatan ke rumah oleh petugas pusat khidmat Adun Mengkibol, manakala baucer melalui sumbangan Kelab Lion dan Pertubuhan Kebajikan Eden, Kluang.

“Sejumlah RM9,000 dan RM1,500 baucer membeli-belah diedarkan kepada keluarga-kelurga tersebut di Pusat Khidmat Pakatan Harapan semalam.

 “Di antara sepuluh keluarga yang menerima manfaat, termasuk enam keluarga India, dua keluarga Cina, satu keluarga Melayu dan Sikh,” menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, sejumlah RM1,000 diperuntukkan kepada SJK (T) Ladang Elaeis sebagau sumbangan bagi perbelanjaan barangan keperluan.

Menurut Chong Sin, sekolah tersebut telah berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Frog Sedunia 2020 dan sumbangan diterima melalui Pengerusi PIBG, SJK (T) Ladang Elaeis, Encik Murugan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here