Perintah berkurung di Belanda dilanjutkan

Belanda mengumumkan lanjutkan perintah berkurung selama lima minggu lagi sehingga Februari.

Arahan itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte ketika jangkitan di negara itu tidak menunjukkan penurunan dan susulan penemuan varian baharu.

Rutte mengatakan bahawa pelaksanaan itu terpaksa dibuat kerana kerajaan tiada pilihan lain.

Di bawah sekatan semasa, semua sekolah dan kedai yang tidak penting, tempat awam seperti pawagam, muzium dan perpustakaan ditutup.

Terdapat juga had perhimpunan sama ada di luar bangunan atau di dalam bangunan.

Jelas Rutte, pelajar yang akan mengambil peperiksaan akhir sekolah menengah masih dibenarkan menghadiri kelas.

Menteri Kesihatan Belanda sebelum ini mendedahkan, varian baharu yang ditemui di Britain kini merangkumi antara dua dan lima peratus jangkitan di negara itu.

Menurut Universiti Johns Hopkins, Belanda merekodkan 890,566 kes COVID-19 yang disahkan dengan 12,512 kes kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here