Peniaga jual durian tepi jalan didenda RM1,000

Akibat masih berdegil serta tidak menghiraukan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang penjaja buah durian di tepi jalan dikenakan denda RM1,000.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, peniag lelaki berusia 56 tahun itu menjual durian di bahu jalan Kampung Hilir di sini.

“Dia berada di tepi jalan dan sedang menjual buah durian pada jam 10 pagi semalam.

“Pasukan penguat kuasa menahan dan mengenakan denda serta-merta.

“Kami telah memberi amaran sebelum ini, masih ada yang degil,” tegas beliau.

Stanley menjelaskan sepanjang tempoh PKP ini, SOP tidak membenarkan sebarang pergerakan, aktivitipen jualan atau penjaja di tepi jalan.

Ujarnya, mereka yang ditangkap dan dikompaun kerana didapati bersalah di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (No.3) 202.

Tambah Stanley, peniaga itu kemudian dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bahagian Sibu untuk tindakan susulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here