Lelaki lemas mandi Sungai Kedondong

Hulu Selangor Kegembiraan tujuh sekawan termasuk dua wanita mandi di Sungai Kedondong, Batang Kali, dekat sini bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemui lemas, hari ini. Mangsa, Muhammad Kamal Nordin, 22, ditemui pasukan penyelamat pada 5.15 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya sebelum itu menerima maklumat kehilangan mangsa pada 3.56 petang. Katanya, sepasukan enam anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang. Mangsa ditemui berhampiran tempat dia dipercayai tenggelam pada kedalaman tiga meter. Tujuh sekawan itu termasuk mangsa datang dari Gombak katanya ketika dihubungi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here