12 Pengawal Kebangsaan digantung diAmerika

Seramai 12 Pengawal Kebangsaan telah dikeluarkan daripada senarai misi keselamatan majlis angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46.

Tindakan itu diambil selepas kesemua mereka didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan militia berhaluan kanan.

Seorang pegawai tentera AS berkata, kesemua Pengawal Kebangsaan terbabit bagaimanapun tidak mendatangkan apa-apa ancaman menjelang majlis angkat sumpah tersebut.

Esok (20 haribulan, waktu tempatan) menyaksikan Joe Biden bakal mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-46 AS.

Kamala Harris turut mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden.

Biden dipilih sebagai Presiden baharu AS selepas menewaskan Presiden, Donald Trump pada pemilihan November tahun lalu.

Bagaimanapun, Trump menegaskan keputusan pilihan raya itu dicemari skandal penipuan undi.

Susulan itu, ribuan penyokong tegar Trump mengadakan protes dan kemuncaknya berlaku rusuhan ganas di bangunan Capitol yang menyaksikan lima terbunuh termasuk seorang anggota polis.

Minggu lalu, beberapa kumpulan militia antaranya the Baggoloo Bois berhimpun di pusat-pusat pentadbiran seluruh AS termasuk di Capitol, Washington sebagai memprotes keputusan pilihan raya terbabit.

Lebih mengejutkan, kumpulan militia terbabit yang kebanyakannya turut bebas membawa senjata api tanpa diambil sebarang tindakan atau dilabel sebagai pengganas.

Baru-baru ini, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memberi amaran protes bersenjata dirancang di Washington dan kesemua 50,000 negeri AS menjelang majlis angkat sumpah Biden-Harris.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here