Bekas perenang Malaysia dijel kerana ingkar Perkhidmatan Negara

Bekas perenang Malaysia yang memegang status penduduk tetap Singapura dihukum penjara lapan minggu hari ini kerana ingkar memenuhi kewajipan Perkhidmatan Negara (NS), menurut rangkaian berita televisyen CNA.

Menurut laporan di portalnya, Lim Ching Hwang mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah Akta Pendaftaran Negara dengan satu lagi pertuduhan diberi pertimbangan.

Perenang kelahiran Selangor berusia 24 tahun itu dilaporkan datang ke Singapura pada 2010 dan belajar di Sekolah Sukan Singapura sehingga 2013.

Lim diberikan status penduduk tetap di bawah Skim Bakat Sukan Asing pada Mac 2014 dan tertakluk kepada syarat di bawah Akta Pendaftaran Negara, demikian laporan tersebut.

Beliau menerima notis pendaftaran untuk Perkhidmatan Negara pada Mei 2014 tetapi pada masa sama beliau menerima tawaran biasiswa daripada sebuah entiti swasta untuk melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Amerika Syarikat mulai September 2014.

Laporan itu menyebut Lim mendaftar untuk Perkhidmatan Negara pada Mei 2014 dan memohon penangguhan yang diberikan sehingga Mei 2017 bagi membolehkan beliau melanjutkan pengajian diploma di politeknik di republik itu.

Namun begitu, Lim gagal menamatkan pengajian dan meninggalkan negara itu pada Julai 2014.

Pada bulan sama, Lim dan keluarganya cuba memohon penangguhan Perkhidmatan Negara supaya beliau dapat melanjutkan pengajian ke universiti tetapi permohonannya tidak berjaya kerana Kementerian Pertahanan ‘biasanya tidak memberikan penangguhan untuk pengajian universiti’, kata laporan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here