Budak buat laporan palsu diculik

Nilai, Okt 27.
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sanggup membuat laporan polis palsu mendakwa dia diculik, gara-gara bimbang dimarahi bapa kerana lewat pulang ke rumah.

Ketua Polis Nilai Abdul Malek Hasim berkata remaja berkenaan membuat laporan pada Rabu di Balai Polis Lenggeng mengatakan dirinya diculik di perhentian bas di sebuah sekolah di Lenggeng.

“Pengadu memaklumkan suspek seorang lelaki telah menariknya masuk ke dalam kereta dan telah mengikat tangan serta mulutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, remaja terbabit memberitahu bahawa suspek telah membawanya ke lokasi yang tidak diketahui namun telah berjaya melarikan diri.Bagaimanapun katanya, hasil siasatan mendapati kejadian culik itu hanya rekaan remaja terbabit kerana bimbang dimarahi bapanya.

Ini kerana dia terleka bermain di rumah rakannya dan telah lewat untuk pulang ke rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here