Ancaman wabak Ebola kembali

Presiden Liberia, George Weah pada Ahad mengarahkan pihak berkuasa kesihatan supaya mengambil langkah berjaga-jaga selepas empat kematian akibat Ebola dilaporkan di Guinea yang merupakan kes pertama dalam tempoh lima tahun.

Pejabat beliau dalam satu kenyataan memaklumkan Weah turut memberi mandat kepada pihak berkepentingan untuk meningkatkan pengawasan dan langkah pencegahan susulan kemunclan semula wabak tersebut.

“Setakat ini, tiada kes Ebola dikesan di Liberia. Arahan Presiden ini bertujuan untuk memastikan semua pihak mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan sebarang situasi epidemik seperti yang pernah dihadapi pada 2014,” ujar kenyataan itu lagi.

Difahamkan, Weah juga sudah mengarahkan pihak berkuasa kesihatan untuk segera melibatkan komuniti di bandar dan perkampungan bersempadan Guinea serta meningkatkan langkah anti-Ebola.

Pada Sabtu, Menteri Kesihatan Guinea, Remy Lamah mengesahkan kematian empat individu yang merupakan kes pertama sejak epidemik itu melanda pada 2013 – 2016 dan turut melaporkan tujuh kes jangkitan wabak tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here