Pakej Rangsangan bukan sekadar pemberian tunai tetapi tujahan pemulihan ekonomi

PUTRAJAYA:Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) membantu secara langsung semua pihak terutama golongan dalam kumpulan B40 dan M40 melalui cara meningkatkan kecairan dan keupayaan mereka dan rakyat berbelanja.

Ekonomi negara memerlukan suatu tujahan untuk bertumbuh dan dana awam perlu dilihat boleh diperolehi agar membolehkan rakyat mempunyai lebihan tunai di dalam saku mereka.

Berdasarkan pengamatan saya, pakej rangsangan ini bukan sekadar pemberian tunai tetapi suatu tujahan untuk memastikan ekonomi modal dapat terus berjalan. Pakej rangsangan ini akan memastikan imbangan yang baik di antara ekonomi rakyat tanpa meminggirkan sama sekali ekonomi modal.

Intervensi sangat diperlukan ketika ini dan kerajaan tidak mempunyai pilihan, melainkan untuk memutuskan suatu pakej rangsangan yang besar bagi memastikan ekonomi dapat terus berkembang. Tanpa intervensi, pertumbuhan keluaran domestik negara akan semakin menguncup dan berkemungkinan boleh menjadi negatif sekiranya kerajaan tidak melakukan sesuatu dengan pantas sekarang.

Berikutan pengumuman PRIHATIN, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL) akan membuat pelarasan ke atas inisiatif WILAYAH CAKNA sesuai dengan seruan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi tawaran yang lebih baik terutama kepada penyewa premis dan perumahan awam di Malaysia.

Pelarasan pengecualian sewa PPR MTEN,perumahan awam DBKL dan premis perniagaan di bawah kelolaan DBKL, PPj serta Perbadanan Labuan ini sahaja melibatkan kos tambahan sebanyak RM35.8 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here