23 Tahun Beroperasi, Saluran NTV7 Akan Tamat Siaran Hari Ini, Bakal Diganti Dengan DidikTV KPM

Setelah bersiaran sejak 7 April 1998, Natseven TV Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai NTV7 akhirnya ‘mengundur diri’ bagi memberi laluan kepada saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM pada Khamis ini.

Difahamkan, DidikTV KPM yang akan bersiaran bermula jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari, merupakan usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.

Menerusi satu kenyataan oleh KPM, DidikTV akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM dan boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran NTV7 di TV Unifi.

Sementara itu, antara yang memulakan karier di ntv7,  pengacara dan pelakon, Sarimah Ibrahim, turut meluahkan rasa sedih dan terima kasih di atas semua kenangan sepanjang perkidmatannya di stesen TV itu.

”Selamat tinggal ntv7 Malaysia.. saya memulakan perjalanan karier tv di sini.. mengacara pelancaran ntv7 pada 7 April 1998 bersama Rosyam Nor dan Hairie Othman..” tulisnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here