60 maut di River Congo

Sekurang-kurangnya 60 dipercayai mati lemas apabila tongkang penumpang yang membawa lebih dari 700 orang karam di Sungai Congo malam semalam.

Menteri Kemanusiaan, Steve Mbiyaki berkata, setakat ini, kira-kira 300  sahaja mangsa yang terselamat ditemui di tempat kejadian di Wilayah Mai-Ndombe di barat negara itu.

 “Namun, selebihnya masih belum diketahui,” ciapnya menerusi Twitter.

Peristiwa kapal karam sehingga menyebabkan kematian merupakan perkara biasa di Congo kerana  kapal yang digunakan biasanya melebihi muatan.

Menurut Mbikayi, Sungai Congo dan anak sungai adalah satu-satunya cara untuk menempuh perjalanan jarak jauh di negara itu.

 “Kami turut bersimpati dengan keluarga mangsa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here