Covid-19 Brazil lepasi 10 juta

Jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan di Brazil melepasi 10 juta pada Khamis, menurut data Johns Hopkins University, lapor agensi Anadolu.

Jumlah keseluruhan kes 10,030,626 dengan 49,000 lagi kes baharu dilaporkan dan negara ini mencatatkan jumlah ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat (AS) dan India.

Sementara itu sebanyak 1,432 lagi kematian menjadikan keseluruhan korban setakat ini seramai 243,610 orang. Brazil di kedudukan kedua selepas AS dari segi jumlah kematian.

Mempunyai 2.7% penduduk, ia menyumbang lebih 9% kes global manakala AS dengan 4.3% populasi menyumbang lebih 1/4. Sementara, Amerika Selatan menyumbang kira-kira 10% kematian Covid-19 dunia.

Pada 4 Februari tiga juta penduduknya disuntik dos pertama vaksin Covid-19.

Sehingga kini, sekitar 5.5 juta orang diberi sekurang-kurangnya dos pertama di 26 negeri dan daerah. Ini mewakili kira-kira 2.6% penduduk negara itu.

Setakat ini, dianggarkan 309,000 atau 0.15% rakyat Brazil menerima dos kedua. Program vaksinasi di kebanyakan bandar termasuk di ibu negara terpaksa ditangguhkan pada minggu ini berikutan kekurangan bekalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here