Tekan hidup punca lelaki cuba bunuh diri

Tertekan dengan masalah rumah tangga selepas bercerai menyebabkan seorang lelaki cuba terjun di Jambatan Rawang By Pass dari arah Selayang menghala ke Sungai Buaya, di Rawang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima panggilan MERS 999 daripada orang awam pada 1.30 tengah hari memaklumkan kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Polis Rawang dan unit kereta peronda polis (MPV) bergegas ke lokasi kejadian bersama pihak bomba.

“Ketika polis dan bomba sampai, lelaki berusia 50 tahun itu sedang berdiri di atas pembahagi jalan sambil berpaut di tiang lampu jalan di atas Jambatan Rawang Bypass dan cuba terjun dari jambatan itu.

“Pihak polis dan bomba berusaha memujuknya supaya tidak terjun dari jambatan pada ketinggian 100 meter, namun dia enggan dan mengugut akan terjun,” katanya dalam satu kenyataan.

Arifai berkata, ketika dalam proses memujuk lelaki itu, seorang wanita berusia 50 tahun dipercayai bekas isterinya datang untuk memujuknya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here