Muar, Ogos-
Lelaki yang dipercayai membunuh dan membakar rumah keluargnya sehingga menyebabkan kematian ibu bapa serta anak saudaranya di Kampung Paya Redan di Pagoh, Jumaat lalu direman di Mahkamah Majistret Muar, di sini pada Rabu.
Perintah tahanan reman selama tujuh hari sehingga 20 Ogos terhadap suspek berusia 48 tahun itu dikeluarkan Majistret, Fatin Dalilah Khalid bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Suspek yang menjadi buruan polis berjaya ditahan selepas lima hari menghilangkan diri dan dibawa ke Kompleks Mahkamah Muar kira-kira jam 9.13 pagi Rabu dengan dikawal ketat pegawai dan anggota polis.
Lelaki yang masih bujang itu difahamkan berjaya dicekup ketika merayau-rayau di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sekitar jam 1 pagi Rabu.