Golongan warga emas serta para penduduk berpendapatan rendah di Sembawang boleh mendapatkan sayuran segar secara percuma yang ditanam di estet perumahan itu sendiri.
Di bawah program “Gardens Give Back”, 23 pekebun masyarakat bekerjasama bagi menyediakan pelbagai jenis hasil tanaman kepada golongan yang memerlukan.
Sayuran itu termasuklah kai lan, bendi dan peria.
Sekitar 270 penduduk di Admiralty dan Sembawang West menjadi yang pertama menerima sayuran tersebut hari ini (28 Feb).
“Salah satu perkara yang juga kita cuba lakukan adalah untuk memastikan para penduduk kita yang berpendapatan rendah juga mengamalkan gaya hidup sihat.
“Seringkali mereka tidak makan sayuran yang mencukupi jadi di sini kami memberikan mereka sayuran supaya ia diharapkan dapat menggalakkan mereka untuk makan lebih banyak sayuran,” kata Anggota Parlimen GRC Sembawang, Vikram Nair.
“Ia adalah projek yang bermakna, di samping itu ia memberi peluang kepada para penduduk untuk menjalin persahabatan, menanam sesuatu dan melihat hasil kerja keras mereka bersama,” kata Cik Poh Li San, seorang lagi AP GRC Sembawang.