150,000 komputer riba, Menteri Kewangan perlu tunai janji

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto menggesa Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz memastikan kenyataan mengenai 150,000 komputer riba yang dibuat menerusi Belajawan 2021 direalisasikan.

Kasthuri dalam satu kenyataan mempersoalkan bagaimana seorang yang memegang jawatan Menteri Kewangan boleh mengeluarkan kenyataan di Dewan Rakyat tanpa apa-apa asas atau jaminan bahawa ianya boleh dilaksanakan.

“Dimanakah 150,000 komputer riba yang dijanjikan ini?

“Apakah status peruntukan RM100 juta dari kerajan bagi pembiayaan Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman komputer riba bagi pelajar IPT yang mendapat pinjaman PTPTN?

“Kerajaan Perikatan Nasional ibarat meletak garam pada luka warga marhaen.” katanya.

Terdahulu Roketkini melaporkan perkara antara dua soalan dibangkitkan Kasthuri yang juga merupakan Setiausaha Antarabangsa Wanita DAP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here