Wanita raih rekod Buku Guinness miliki koleksi makanan plastik terbanyak dunia

Sejak usia kecil, Akiko Obata amat terpesona dengan makanan plastik. Kira-kira 15 tahun lalu, dia mula mengumpul pelbagai jenis barangan plastik dan kini jumlahnya sudah mencapai 8,000 keping.

Makanan plastik yang dikenali sebagai “Sampuru” di Jepun ini biasanya digunakan oleh restoran untuk mempamerkan juadah makanan yang disediakan di restoran mereka.

Pengeluar Sampuru biasanya menghasilkan produk yang begitu realistik sehingga ia nampak begitu sedap untuk dimakan.

Akiko Obata jatuh cinta dengan Sampuru kira-kira 30 tahun lalu selepas kakaknya membawa pulang beberapa keping Sampuru yang tidak lagi digunakan di restoran tempatnya bekerja.

Obata yang tinggal berdekatan Lapangan Terbang Narita di Chiba memiliki pelbagai koleksi sampuru termasuk burger dan piza, sushi dan yang paling unik ialah spageti bersama garfu.

Pada 2015 dia berjaya meraih Rekod Buku Guinness dalam kategori memiliki koleksi Sampuru menu makanan terbanyak.

Obata menyimpan koleksi Sampurunya di dalam sebuah bilik khas dan pengadil Rekod Buku Guinness dikatakan mengambil masa seharian menghitung semua Sampuru miliknya.

Hasil kiraan, Obata disahkan memilik 8083 keping koleksi Sampuru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here