Terperangkap Dalam Lubang, Gajah Berjaya Diselamatkan

Pegawai hidupan liar terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan seekor gajah yang jatuh terperangkap di sebuah lubang yang terletak di timur India.

Haiwan tersebut difahamkan tidak berdaya untuk keluar daripada parit itu dengan sendirinya selepas terjatuh di dalam sebuah parit.

Mujur, penduduk tempatan dan pegawai hidupan liar yang prihatin akan nasib gajah tersebut tampil memberikan bantuan bagi membebaskan gajah berkenaan.

Klip rakaman yang diambil semasa misi menyelamat itu menunjukkan gajah yang sedang tertekan, hanya terbaring dan tidak berdaya untuk membuat apa-apa bagi menyelamatkan dirinya.

Gajah tersebut telah ditemui oleh penduduk setempat yang lalu di kawasan itu. Selepas mendapati bahawa ada seekor gajah sedang memerlukan pertolongan, penduduk tersebut terus bergegas untuk meminta bantuan bagi menyelamatkan gajah yang malang itu.

Mereka menggunakan tali dan kayu untuk menolak gajah tersebut ke posisi yang membolehkan dia untuk bangun dengan sendirinya.

Selepas berjaya dialihkan, gajah itu akhirnya dapat berdiri semula sambil orang ramai yang menonton operasi penyelamatan itu bersorak kegembiraan.

Menerusi rakaman tersebut, gajah itu terus beransur pergi ke habitat asalnya selepas berjaya keluar daripada lubang tersebut tanpa sebarang kecederaan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here