Bayi doktor maut tertinggal 10 jam dalam kereta

Kuala Lumpur, Oct 6.
Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan disahkan meninggal dunia selepas tertinggal kira-kira 10 jam di dalam kereta ibunya dari pagi hingga petang di kawasan parkir kenderaan Hospital Canselor Tunku Muhriz (HTCM), Cheras, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata terdahulu pegawai perubatan HTCM menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 5.53 petang. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada hari sama. Hasil siasatan awal mendapati pada jam 7.20 pagi, ibu mangsa meletakkan mangsa di bahagian belakang penumpang sebelah kiri di dalam kereta untuk dihantar ke taska.

menghantar bayinya ke taska sebelum ke tempat kerja. Difahamkan, mangsa adalah anak kedua daripada tiga adik beradik.

Zam Halim berkata, ibu mangsa hanya menyedari mangsa masih berada di dalam keretanya pada petang hari sama selepas dimaklumkan oleh suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke taska.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here