Wanita 80 tahun kena tipu RM10 juta labur kripto

Kuala Lumpur, Jan 27.
Wanita warga emas yang juga pesara kerugian RM10 juta selepas terpedaya dengan pelaburan berasaskan mata wang kripto dikenali ‘Accerx.Com.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata JSJK simpatikerugian besar yang dialami oleh mangsa berusia 80 tahun yang ditipu dalam skim pelaburan tidak wujud.

Menurutnya, melalui satu laporan polis yang dibuat semalam, mangsa yang juga seorang pesara memaklumkan mula menyertai skim pelaburan itu setelah dimasukkan ke dalam kumpulan sembang WhatApps yang mempromosikan skim pelaburan berasaskan mata wang kripto dikenali sebagai ‘accerx.com’.

“Melalui kumpulan sembang itu, mangsa berurusan dengan seorang lelaki yang kononnya akan mendahulukan wang untuk pembelian kripto.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here