Patah tulang

Pergeseran dua kenderaan yang masing-masing dipandu warga emas menyebabkan pemandu pacuan empat roda berusia 61 tahun parah patah tulang paha dan kini dirawat di Hospital Nukleus Labuan.

Pemangku Ketua Polis Daerah WP Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kenderaan tersebut hilang kawalan sehingga menggeser kenderaan jenis kompak yang dipandu lelaki berumur 72 tahun.

“Pergeseran itu menyebabkan pacuan empat roda melanggar pokok dan pili bomba lalu terbalik,” katanya.

Mohd Ibrahim menjelaskan, kemalangan yang melibatkan dua warga emas berbangsa Cina itu berlaku di Jalan Tun Mustapha (dekat Bataras Lama) kira-kira 8.49 pagi 9 Mac ketika bergerak dari arah bandar.

Jelasnya, pemandu pacuan empat roda  yang sedang dirawat di hospital dilaporkan dalam keadaan stabil manakala pemandu kompak tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Mohd Ibrahim, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketika insiden berlaku, cuaca dilaporkan dalam keadaan baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here