Lelaki dituduh curi bateri dipukul mati

Lelaki dipukul sehingga maut di Jharkhand, India setelah disyaki mencuri bateri dan roda motosikal.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di kampung Sirka di Jharkhand dan lelaki tersebut didakwa diikat di tiang elektrik dan dipukul sehingga meniggal dunia.

Penduduk tempatan mengatakan bahawa lelaki yang dikenali dengan nama Mubarak Khan itu dan berasal dari Mahespur, mencuri roda dan bateri motosikal. Pada hari ia berlaku, Khan dilaporkan pergi ke Sirka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here