Tatu nama ibu jadi kenangan! anak mangsa tanah jerlus

Kuala Lumpur., Ogos-
Anak mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India yang belum ditemui pada hari kelima operasi mencari dan menyelamat (SAR) terkilan ibunya tidak sempat melihat tatu dibuat khas untuknya.

M. Suria, 25, yang dalam keadaan sugul berkongsi dengan Bernama tatu nama ibunya, Vijayaletchumy dicacah pada lengan kiri ketika percutiannya di Thailand baru-baru ini.

“Ibu segalanya untuk saya, apa jua saya lakukan, semua untuknya…sebab itu bila saya cacah tatu di tangan ini, nama beliau yang pertama terlintas di fikiran saya.

“Tapi, saya tak sangka ini yang terjadi. Saya tak sempat tunjuk betapa sayangnya saya pada ibu,” katanya dalam bahasa Telegu yang diterjemahkan rakan penulis.Suria berkata, kali terakhir beliau bercakap dengan ibunya pada awal pagi hari kejadian.

“Saya hubungi dia pada 1.30 pagi hari kejadian dan beritahu saya mencacah tatu nama dia…ibu sangat gembira dan saya dapat rasakan nada gembira melalui suaranya.

“Pada pagi sebelum ibu jatuh, dia ada hubungi saya, tetapi disebabkan telefon saya kehabisan bateri, saya tidak dapat bercakap dengannya.”

Beliau berkata, kejadian menimpa ibunya berusia 48 tahun itu hanya diketahui selepas dimaklumkan abang ipar pada pagi Jumaat lalu.

Sejurus mendapat maklumat itu, Suria terus bergegas ke negara ini dari Thailand melalui pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan menempuh perjalanan lebih 476km ke ibu negara.

“Saya tidak berfikir panjang dan mengambil e-panggilan dari Changlun, Kedah ke Kuala Lumpur yang menelan kos RM600.”

Menurutnya, beliau dan keluarga berharap jasad ibunya ditemui segera untuk disemadikan di kampung mereka di Kuppam, Andhra, India.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here