Ikon kebanggaan Bandar Sejarah di Melaka akhirnya tumbang menyembah bumi. Pokok besar yang berusia lebih 100 tahun itu sekian lama menjadi ikonik bagi bandar tersebut, kini tiada lagi.
Menerusi laman Facebook penduduk di Melaka memaklumkan kejadian ini berlaku pada awal pagi tadi dan pokok tersebut tumbang sehingga menimpa wayar elektrik di kawasan tersebut.
Bagi pengguna jalan raya yang melalui Jalan Laksamana Banda Hilir berhampiran Jam Besar, diminta untuk berhati-hati.





















