AstraZeneca kata keberkesanan vaksinnya pada 76 peratus

Pembuat ubat Britain-Sweden AstraZeneca kelmarin merujuk semula penurunan tiga peratus keberkesanan vaksin COVID-19 selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menimbulkan kebimbangan bahawa keputusan percubaan yang dilaporkan oleh mereka kepada AS ialah maklumat lama.  

Syarikat itu kini menyata-kan vaksin mereka efektif pada tahap 76 peratus berbanding 79 peratus dalam menghalang mana-mana COVID-19 bergejala. Ia masih berkesan 100 peratus terhadap COVID-19 teruk.

Langkah itu muncul selepas panel pakar persen-dirian mencadangkan ujian itu dirujuk semula selepas bimbang apabila AstraZeneca gagal memberi data terkini dalam laporan awal mereka.

Institut Kesihatan Kebangsaan AS kemudian meng-utarakan kenyataan luar biasa untuk AstraZeneca bekerjasama dengan panel itu dalam mengeluarkan ke-nyataan media baharu.

“Kami bersungguh-sungguh untuk menghantar pengawalseliaan kami bagi Pengesahan Kegunaan Kecemasan di AS dan menyedia-kan pengagihan berjuta dos ke seluruh Amerika,” kata Mene Pangalos, naib presiden pengajian dan perkembangan biofarmaseutikal.

Statistik baharu ialah daripada 190 pesakit daripada 32,449 peserta ujian dalam AS, Peru dan Chile, dua pertiga daripadanya menerima vaksin manakala selebihnya menerima dos plasebo.

Angka sebelum ini ialah berdasarkan 141 kes, de-ngan pengurangan pada tengah Februari. Syarikat itu menambah terdapat 14 kes tambahan atau yang disyaki COVID-19 yang tinggal untuk dibuat keputusan.

Bergantung sama ada ini berlaku dalam kumpulan vaksin atau plasebo, keputusan keberkesanan terakhir akan sama ada menaik atau menurun.

Syarikat itu juga berkata  kadar keberkesanan vaksin itu terhadap orang berusia 65 tahun ke atas ialah pada 85 peratus.

Lapan kes COVID-19 parah berlaku – semuanya dalam kumpulan plasebo.

AstraZeneca awal dalam penghasilan vaksin COVID-19, dan sangat digemari di AS, yang telah menempah 300 juta dos, lebih daripada tempahan pertama untuk suntikan Moderna dan Pfizer.

Namun satu siri perbincangan telah mengurangkan keyakinan agensi AS. AS kini mempunyai tiga vaksin sah, Moderna, Pfizer and Johnson & Johnson – dan sepatutnya sudah mencukupi untuk me-rangkumi kesemua  populasi dewasa di AS menjelang hujung Mei.

Beberapa negara Eropah menghentikan pengagihan suntikan selepas beberapa risiko yang berpotensi menyebabkan darah beku namun kemudian kembali menggunakannya.

Agensi Perubatan Eropah telah mengesahkan kese-lamatan vaksin tersebut dan menyatakan ia tidak  berkaitan dengan pembekuan darah secara umum – namun juga tidak dapat menyangkal ia berkaitan dengan satu atau dua kes jarang-jarang, dan menyarankan risiko itu diberitahu pada label amaran.

Vaksin AstraZeneca masih penting dalam vaksinasi du-nia kerana harga yang murah dan boleh disimpan pada suhu peti sejuk dengan lama.

Ia menggunakan adenovirus yang menyebabkan selesema pada chimpanzi, dimodifikasi agar tidak dapat membiak, dan membawa gen protein utama koronavirus ke dalam sel manusia.    

Sel itu kemudiannya menghasilkan protein pada permukaannya, melatih sistem pertahanan badan jika ia berhadapan dengan virus sebenar. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here