Gempa bumi sederhana di timur laut Taiwan

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 pada skala Richter dilapor menggegarkan kawasan timur laut Taiwan pada 6.02 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu dikesan pada kedudukan 269 kilometer (km) dari barat Naha, Jepun dengan kedalaman 143 km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here